Ilyas lahir pada 25 November 2008 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
Hari kedua kelahiran Ilyas, Umi dan Abah bawa Ilyas balik ke Kedah. Dalam perjalanan abah ternampak 3 ekor anak gajah mengangkat belalai seolah-olah menyambut kepulangan Ilyas. Walaupun Umi dan Abah seringkali berulang-alik daripada Jitra ke Kota Bharu, namun kami belum pernah tersua dengan gajah sebelum ini.
6 Jun 2009
Abah balik daripada Pulau Pinang dan Ustaz Ilyas tahlil dengan khusyuk sekali.
12 Jun 2009
Kami baru balik daripada Kota Bharu, Kelantan. Sekarang Ilyas bertambah khusyuk semasa tahlil; lebih tunduk lagi dan akhirnya hisap ibu jari kaki!
Ilyas sudah boleh duduk dengan lebih stabil. Bagaimanapun kami masih letakkan bantal di belakang Ilyas sebab kadangkala Ilyas akan terjatuh ke belakang.
Pada masa ini Ilyas sedang giat berusaha untuk merangkak.
Go! Go! GI baby!
19 Julai 2009
Hari ini buat pertama kalinya Ilyas bermain di dalam kolam renang.
Abah terfikir nak cuba bagi Ilyas bermain air di kolam renang apabila lihat Ilyas begitu seronok bermain air ketika mandi di dalam tab mandi (bath tub).
Friday, June 5, 2009
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)