Friday, June 5, 2009

Catatan Awal oleh Abah

Ilyas lahir pada 25 November 2008 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Hari kedua kelahiran Ilyas, Umi dan Abah bawa Ilyas balik ke Kedah. Dalam perjalanan abah ternampak 3 ekor anak gajah mengangkat belalai seolah-olah menyambut kepulangan Ilyas. Walaupun Umi dan Abah seringkali berulang-alik daripada Jitra ke Kota Bharu, namun kami belum pernah tersua dengan gajah sebelum ini.


6 Jun 2009

Abah balik daripada Pulau Pinang dan Ustaz Ilyas tahlil dengan khusyuk sekali.



12 Jun 2009

Kami baru balik daripada Kota Bharu, Kelantan. Sekarang Ilyas bertambah khusyuk semasa tahlil; lebih tunduk lagi dan akhirnya hisap ibu jari kaki!

Ilyas sudah boleh duduk dengan lebih stabil. Bagaimanapun kami masih letakkan bantal di belakang Ilyas sebab kadangkala Ilyas akan terjatuh ke belakang.

Pada masa ini Ilyas sedang giat berusaha untuk merangkak.
Go! Go! GI baby!


19 Julai 2009

Hari ini buat pertama kalinya Ilyas bermain di dalam kolam renang.


Abah terfikir nak cuba bagi Ilyas bermain air di kolam renang apabila lihat Ilyas begitu seronok bermain air ketika mandi di dalam tab mandi (bath tub).

Monday, June 1, 2009

Catatan Awal oleh Umi


Catatan ini akan dikemaskini oleh Umi.umi.umi.

Sunday, May 31, 2009

Catatan Awal oleh Abang Isa

Catatan ini akan dikemaskini oleh Abang Isa, insyaALLAH.

Catatan Awal oleh Abang Man


Catatan ini akan dikemaskini oleh Abang Man.
Pada masa ini Abang Man berada di madrasah.

Catatan Awal oleh Abang Nuh

Pada kali pertama bawa Ilyas balik rumah. Banyak haiwan yang sambut Ilyas;
1. Nyamuk: Masa kami semua sedang kepanasan, banyak nyamuk datang ganggu Ilyas.
2. Lalat: Semasa kami di rumah Makcik Naimaton, lalat asyik kacau Ilyas; pi mai tang tu tang ni!
3. Gajah: Semasa dalam perjalanan balik ke Kedah, Abah nampak gajah sedang melambai kepada Ilyas.
4. Manusia: kan banyak orang asyik duduk kerumun Ilyas...!



ASSALAMU'ALAIKUM

Abang Nuh sudah sihat. Ilyas pun sudah sihat. Begitu juga semua keluarga Ilyas.

Cuba tengok gambar di sebelah. Ilyas seperti nak tumbuk Abang Nuh? TIDAK........! Sebenarnya Abang Nuh buat Ilyas begitu seronok sehingga terlompat ke belakang, kemudian angkat tangan dan buat tangan seperti nak tumbuk.

Ilyas gemar hisap benda. Kalau kita tak potong kuku Ilyas, nanti Ilyas cakar diri sendiri. Semasa kami pergi ke Kelantan, habis Ilyas luka di banyak tempat.

WASSALAM...

Catatan Awal oleh Kakak Anis


Catatan ini akan dikemaskini oleh Kak Anis.